Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Manfaat transformasi digital jual produk
  • TEMPATAN

Manfaat transformasi digital jual produk

Utusan Sarawak 5 years ago
TAHNIAH… Siti Zaharah merakam kenangan bersama semua peserta Bengkel Kraftangan Membuat Tangu Moden dan Sugu Tinggi di Dewan Penghulu Balang Skim Sekuau, Selangau.

SELANGAU:Penggiat industri kraf tangan di Sekuau digesa supaya memanfaatkan kemudahan transformasi digital untuk mengetengahkan produk jualan mereka kepada pasaran luar meskipun bermula dengan skala kecil.

Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Selangau, Siti Zaharah Mohamad Mohmood berkata, penggunaan medium teknologi terkini membolehkan pengusaha memasarkan produk sehingga ke pasaran antarabangsa.

“Kita boleh gunakan internet untuk memasarkan produk menerusi perniagaan online berbanding guna cara konvensional.

“Ia selaras dengan hasrat Ketua Menteri agar rakyat dapat meningkatkan sumber pendapatan menerusi ekonomi digital,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Pegawai Daerah Selangau, Inting Nyami merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Kraftangan Membuat Tangu Moden dan Sugu Tinggi di Dewan Penghulu Balang Skim Sekuau, semalam.

Bengkel tersebut dianjurkan oleh Exco Wanita Majlis Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (MJKKK) Sekuau Pakoh.

Siti juga mahu kawasan Sekuau menjadi sebagai pusat pengeluar hasil kraftangan di Daerah Selangau.

Seramai 50 peserta mengambil bahagian dalam Bengkel Membuat Tangu Moden dan Sugu Tinggi 40 peserta.

Turut hadir, Penghulu Andrewson Ngalai Asom, Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga Pengerusi Persatuan Kemajuan Kawasan Batang Oya-Pakoh dan Sekuau, Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing dan Ketua Exco Wanita Majlis Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (MJKKK) Sekuau Pakoh, Dami Dingun.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: RM2 juta untuk tapak baharu perkuburan Islam
Next: Abang Jo terima kunjungan rombongan Politeknik Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.