
Aston Villa's English midfielder Jack Grealish (bottom) slides in to tackle Liverpool's English midfielder Alex Oxlade-Chamberlain (back) during the English Premier League football match between Liverpool and Aston Villa at Anfield in Liverpool, north west England on July 5, 2020. (Photo by Shaun Botterill / POOL / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No use in betting publications, games or single club/league/player publications. /

SADIO Mane membantu Liverpool mempertahankan usaha mereka untuk mencipta rekod mata baharu Liga Perdana Inggeris ketika juara mengalahkan Aston Villa 2-0 untuk mengembalikan kelebihan 23 mata ke atas Manchester City, yang kalah di Southampton semalam.
Liverpool jauh daripada tahap terbaik mereka dalam aksi pertama mereka di Anfield yang kosong sebagai juara, tetapi masih mengutip tiga mata dengan cara yang sering mereka lakukan musim ini dalam 20 minit terakhir.
Mane memecah kedegilan pertahanan Villa dengan menyudahkan hantaran Naby Keita ke bahagian bawah palang dari jarak dekat untuk gol ke-20 beliau musim ini sebelum pemain gantian, Curtis Jones melengkapkan hujung minggu yang besar untuk pemain berusia 19 tahun itu setelah menandatangani kontrak baru lima tahun pada hari Sabtu.
Kemenangan membolehkan Liverpool mengumpul 89 mata dan mereka memerlukan empat lagi kemenangan daripada baki lima perlawanan mereka untuk melepasi rekod City 100 mata yang dicipta pada musim 2017-18.
“Kami berada di mana kami berada kerana kami memenangi permainan yang sukar,” kata Klopp.
“Itu bukan persembahan yang cemerlang tetapi prestasi yang bagus yang memberikan kami tiga mata.”
Villa kekal dalam zon penyingkiran, satu mata di bawh zon selamat ketika mereka begelut untuk mengelak segera kembali ke Liga Kejuaraan. – AFP