
LONDON: Manchester City pada Selasa mengumumkan mendapatkan khidmat penjaga gol Itali Gianluigi Donnarumma daripada Paris Saint-Germain dengan kontrak lima tahun, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Kenyataan kelab itu tidak mendedahkan butiran kewangan perjanjian berkenaan.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan City membayar GBP30 juta (sekitar AS$40.5 juta) kepada kelab Paris itu untuk mendapatkan Donnarumma.
Laporan turut menyebut City telah bersetuju melepaskan penjaga gol Brazil, Ederson, kepada Fenerbahce dari Turkiye dengan harga GBP12 juta.
-Bernama- Qna