Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Man City mahu kembali bangkit musim depan
  • SUKAN

Man City mahu kembali bangkit musim depan

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Pep Guardiola. Foto AFP

LONDON: Pep Guardiola berikrar yang Manchester City bakal bangkit di tahap terbaik musim depan selepas kehilangan ‘semangat’ yang tidak dijangka.

City yang kini berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menjuarai empat gelaran liga sebelum ini, mahu menamatkan kempen suram dengan menjuarai Piala FA dan layak ke Liga Juara-Juara menerusi penamat lima terbaik.

Skuad Guardiola dijadual menentang Nottingham Forest dalam saingan separuh akhir Piala FA pada Ahad ini dengan menyedari kekalahan di Wembley bakal meninggalkan kesan pahit buat mereka – menamatkan kempen tanpa sebarang trofi utama buat kali pertama sejak 2016-2017.

Namun Guardiola sudah memikirkan langkah untuk mengelak daripada situasi suram berkenaan terus berulang dan percaya menemui jalan penyelesaiannya.

Guardiola sedar akan kesungguhan dan cara pemainnya meraikan jaringan selepas Bernando Silva meletakkan mereka di hadapan sebelum mencatat kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa, Rabu lalu.

Ia dilihat sebagai satu perpaduan yang Guardiola tidak dapat saksikan pada awal musim ini ketika dia merasakan City seakan mengambil mudah perkara itu selepas menjuarai enam daripada tujuh gelaran EPL sebelum ini.

“Kami belajar untuk melakukannya dengan lebih baik. Untuk mewujudkan lagi ikatan bersama pasukan, meraikannya bersama apabila menjaringkan gol,” katanya.

“Ketika Bernardo menjaringkan gol pertama, kami meraikannya. Bahasa badan, keinginan.

“Kami tidak meraikan sebegitu ketika menjaringkan gol pada Oktober. Kami harus memulihkan semangat yang kami miliki pada sembilan tahun pertama. Tahun ini, kami tidak memilikinya.”

Guardiola berharap usahanya untuk menaikkan semula semangat dalam diri pemainnya dapat merapatkan jurang dengan pendahulu liga yang semakin hampir meraih gelaran Liverpool.

“Musim depan akan menjadi lebih baik. Semua orang mempelajari sesuatu. Saya fikir, kami akan bersaing dengan lebih baik untuk Liga Perdana,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Khai Xin layak awal ke Sukan SEA, Kejohanan Akuatik Dunia
Next: Rekod tanpa kalah PSG akhirnya lebur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.