Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia teroka sumber minyak mentah baharu, kesesuaian pemprosesan turut dinilai
  • BISNES

Malaysia teroka sumber minyak mentah baharu, kesesuaian pemprosesan turut dinilai

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir menyempurnakan perasmian Pusat Teknologi dan Inovasi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Mohamad Haris Kader Sultan. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Kerajaan sedang meneroka sumber minyak mentah baharu dari beberapa rantau bagi mempelbagaikan bekalan tenaga negara susulan ketidaktentuan geopolitik global, menurut Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata usaha itu bagaimanapun, memerlukan penilaian teknikal kerana minyak mentah dari setiap negara dan kawasan pengeluaran mempunyai ciri yang berbeza serta tidak semuanya boleh diproses menggunakan kemudahan sedia ada negara.

“Setiap bekalan minyak mentah yang datang dari kawasan berbeza mempunyai karakter yang berbeza, jadi penilaian perlu dibuat dari segi ketersediaan fasiliti kita untuk menerima bekalan berkenaan.

“Hal ini bukanlah semata-mata mencari bekalan dari semua tempat, tetapi memastikan bekalan dari kawasan tertentu sesuai dengan fasiliti yang kita ada,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Teknologi dan Inovasi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) (NTIC) di sini, hari ini.

Beliau berkata antara rantau yang sedang diteroka sebagai sumber bekalan baharu ialah Rusia dan Turkiye.

Akmal Nasrullah berkata kerajaan memberikan jaminan bahawa bekalan minyak negara mencukupi hingga penghujung Julai, manakala perkembangan berkaitan jaminan bekalan bagi tempoh seterusnya dijangka diketahui menjelang akhir bulan ini.

Beliau berkata kerajaan memilih pendekatan telus dengan berkongsi tahap ketersediaan bekalan selepas perkara berkaitan sumber, kos dan perjanjian pembekalan dimuktamadkan.

Kerajaan, katanya, tidak mahu terikat dengan perjanjian pembekalan terlalu panjang ketika harga minyak dunia masih tidak menentu kerana perubahan pasaran boleh memberikan kesan kepada kos negara.

Akmal Nasrullah berkata perkembangan lanjut tentang pembekalan akan dimaklumkan selepas urusan dan perjanjian berkaitan dimuktamadkan oleh pihak terlibat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Petronas, Jera meterai perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun
Next: Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel kekal dari 11 hingga 17 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.