Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian
  • NASIONAL

Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian

Utusan Sarawak 10 months ago
DATUK Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, PYT Maria Angela Abrera Ponce bersama delegasi di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kuala Lumpur. Pertemuan ini adalah kali pertama sejak PYT Maria Angela Abrera Ponce mula berkhidmat di Malaysia pada penghujung November 2023.

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Filipina bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang teknikal dan perdagangan pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce, di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini.

“Saya dimaklumkan bahawa beliau (Maria Angela) dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Filipina untuk memperkukuh kerjasama pertanian dengan Malaysia, kerana negara kita merupakan rakan dagang terbesar bagi sektor pertanian Filipina di ASEAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau berkata pertemuan itu, kali pertama sejak Maria Angela mula berkhidmat di Malaysia pada penghujung November 2023.

Mohamad berkata, beliau juga menjemput Filipina untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024, dari 11 hingga 22 September. – Bernama

Continue Reading

Previous: KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM
Next: Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.