Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan – PM
  • NASIONAL

Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan – PM

Utusan Sarawak 1 year ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon malam tadi. Foto: Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon malam tadi. 

“Menerusi perbualan telefon tersebut, kami senada mahu meneroka ruang untuk memperhebat hubungan Malaysia-Pakistan, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran  yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Perdana Menteri hari ini. 

Anwar berkata beliau juga menyambut baik cadangan Shehbaz untuk mengeskport daging halal dari negara itu ke Malaysia. 

Selain itu, Anwar berkata turut dibincangkan dalam perbualan telefon tersebut adalah pelbagai isu serantau dan antarabangsa, termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan. 

“PM (Perdana Menteri) Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin,” katanya.

Menurut beliau lagi, kedua-dua mereka juga menzahirkan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Pakistan terus diperkukuh, dan Shehbaz mengulangi undangan untuk Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin. 

Kedua-dua pemimpin itu juga berbalas ucapan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam di kebanyakan negara termasuk Malaysia semalam. – Bernama

Continue Reading

Previous: KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024
Next: Silap percaturan hidup, air mata banduan iringi takbir raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.