Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia Masters: Nova mohon maaf susulan prestasi hambar beregu campuran negara
  • SUKAN

Malaysia Masters: Nova mohon maaf susulan prestasi hambar beregu campuran negara

Utusan Sarawak 2 hours ago
KETUA jurulatih beregu campuran negara, Nova Widiant

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto mengambil tanggungjawab atas keputusan hambar pemain beregu campuran pada saingan Malaysia Masters 2026, selepas menyaksikan tiada wakil pada peringkat separuh akhir.

“Secara keseluruhan beregu campuran hasilnya tidak bagus. Saya memohon maaf dan sedia mengambil tanggungjawab (atas prestasi hambar pemain beregu campuran negara),” katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu, hasrat penyokong negara untuk menyaksikan Malaysia mempunyai wakil dalam acara beregu campuran pada kejohanan itu tidak kesampaian apabila juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir pada pusingan suku akhir, semalam.

Pasangan nombor empat dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 18-21,16-21 kepada pasangan pilihan kelapan dari China Gao Jia Xuan-Wei Ya Xin (CHN) dalam tempoh 44 minit.

BEREGU campuran negara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menetang beregu campuran China Gao Jia Xuan dan Wei Ya Xin pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil semalam. Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei tewas dengan keputusan 18-21, 16-21. Foto BERNAMA

Dalam pada itu, Nova tanpa berselindung menyuarakan kekecewaannya dengan aksi anak buahnya itu yang disifatkan bermain seolah-olah tanpa jiwa, dan mereka tewas bukan kerana faktor lawan yang hebat sebaliknya berpunca daripada diri sendiri.

“Kali pertama saya tengok terutamanya Tang Jie, mereka bermain seperti kosong. Mereka bermain seolah-olah tiada idea, tiada jiwa,” katanya.

Nova berkata perbincangan bersama juara dunia itu akan diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik, sambil berharap gandingan berkenaan dapat bangkit semula menjelang Terbuka Singapura yang dijadual berlangsung minggu hadapan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kejujuran, keyakinan pendorong utama peningkatan prestasi Letshanaa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.