Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia mampu jadi penghubung utama dalam sektor penerbangan Asia Pasifik – Airbus
  • NASIONAL

Malaysia mampu jadi penghubung utama dalam sektor penerbangan Asia Pasifik – Airbus

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Airbus melihat potensi besar untuk Malaysia khususnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk muncul sebagai sebuah lagi penghubung utama atau hab mega di rantau Asia Pasifik, setanding dengan hab sedia ada seperti Singapura dan Hong Kong.

Presiden Airbus bagi Asia Pasifik Anand Stanley berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk memperkukuh peranannya sebagai hab penerbangan atau penerbangan jarak jauh serantau, disokong oleh permintaan yang semakin meningkat bagi ketersambungan di seluruh rantau ini.

“Terdapat ruang untuk penghubung utama ketiga di rantau ini dan Malaysia menerusi KLIA, mampu memainkan peranan tersebut,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Dalam bidang penerbangan, penghubung utama secara umumnya merujuk kepada syarikat penerbangan atau lapangan terbang yang mengendalikan strategi hab mega yang menghubungkan penerbangan jarak jauh dengan jumlah trafik yang tinggi.

Beliau berkata Malaysia telah muncul sebagai pasaran ketiga terbesar Airbus di Asia Pasifik, selepas China dan India yang mencerminkan permintaan syarikat penerbangan yang kukuh serta ekosistem aeroangkasa yang sudah mantap.

Pengeluar pesawat tersebut mengekalkan jejak yang ketara di negara ini termasuk kemudahan kejuruteraan serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Kuala Lumpur, selain hab helikopter serantau dan pusat latihan di Subang, Selangor.

Malaysia juga merupakan pangkalan bagi pembekal utama seperti Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran komposit struktur aeroangkasa bagi pesawat Airbus.

Stanley berkata sektor penerbangan Malaysia mendapat manfaat daripada permintaan domestik yang kukuh, ketersambungan serantau yang semakin meningkat di Asia Tenggara serta pengembangan perjalanan jarak jauh yang menghubungkan rantau ini dengan pasaran global.

Beliau berkata bahawa pesawat generasi baharu membolehkan syarikat penerbangan meningkatkan ketersambungan dan membangunkan laluan baharu dengan lebih cekap.

“Ini termasuklah Airbus A321XLR bagi laluan serantau yang diperluas serta pesawat berbadan lebar seperti A330 Neo dan A350 untuk operasi jarak jauh.

“Dengan gabungan infrastruktur yang tepat, strategi syarikat penerbangan dan pesawat moden, Malaysia mampu memperkukuh lagi peranannya dalam menghubungkan rantau ini dan pasaran yang lebih luas,” katanya.

Stanley menambah bahawa ketika syarikat penerbangan menyesuaikan diri dengan corak permintaan yang berubah, Malaysia berada pada kedudukan yang strategik untuk mempermudah aliran penumpang dan kargo, sekali gus meningkatkan kedudukannya dalam rangkaian penerbangan serantau.- Bernama

Continue Reading

Previous: Petronas terima penghantaran satu juta tong minyak mentah dari Iraq melalui kapal Ocean Thunder
Next: 1,400 syarikat antarbangsa sertai DSA, NatSec Asia 2026 bermula esok.

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.