Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia, Jepun berupaya perkukuh rantaian bekalan teknologi serantau – PM Anwar
  • SEMASA

Malaysia, Jepun berupaya perkukuh rantaian bekalan teknologi serantau – PM Anwar

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas lawatan rasmi tiga hari ke Jepun hari ini. Foto BERNAMA

TOKYO: Malaysia dan Jepun boleh memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada pengukuhan rantaian bekalan serantau terutama dalam industri semikonduktor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata kelebihan Malaysia dalam pemasangan, pengujian dan pembungkusan termaju melengkapi bahan, peralatan dan pembuatan canggih yang diterajui Jepun, sekali gus mewujudkan peluang untuk membina ekosistem teknologi yang lebih berdaya tahan dan bersepadu.

“Di sinilah Malaysia dan Jepun boleh memberikan sumbangan yang bermakna,” kata beliau ketika menyampaikan ucaptama bertajuk “Navigating Strategic Uncertainty” pada Forum Nikkei ke-31 bertemakan “Working Together for a More Resilient and Prosperous Asia” di sini.

Beliau berkata dalam sektor tenaga, kerjasama itu dapat menyokong peralihan Asia ke arah masa depan rendah karbon di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.

Inisiatif seperti Komuniti Sifar Pelepasan Asia membuktikan kelestarian dan pembangunan boleh bergerak seiringan, kata beliau. – Bernama

Continue Reading

Previous: Negara perlu lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PM Anwar
Next: CAAM pantau rapi gangguan operasi penerbangan AirBorneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.