Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia bersedia hantar lebih banyak sarung tangan getah ke Gaza – Fadillah
  • NASIONAL

Malaysia bersedia hantar lebih banyak sarung tangan getah ke Gaza – Fadillah

Utusan Sarawak 2 years ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar bersama anggota Badan Bukan Kerajaan (NGO) semasa majlis penghantaran kedua barangan keperluan utama bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza melalui penerbangan kargo sewaan khas di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Penghantaran itu melibatkan muatan barangan keperluan perubatan dan barangan bayi serta makanan sebanyak 20 tan yang diuruskan melalui Ops Ihsan. FotoBERNAMA

SEPANG: Malaysia bersedia untuk menghantar lebih banyak sarung tangan getah untuk kegunaan pasukan perubatan di Semenanjung Gaza, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, sarung tangan getah merupakan antara keperluan mendesak di Semenanjung Gaza ketika ini.

“Memang kita (Malaysia) mendapat maklumat bahawa sarung getah amat diperlukan (di Gaza) dan kita masih menanti pengesahan jumlah sebenar yang diperlukan mereka,” katanya kepada media selepas menyaksikan pelepasan penghantaran kedua bantuan barangan kemanusiaan untuk rakyat Palestin menerusi Ops Ihsan di sini, semalam.

Fadillah berkata, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Majlis Getah Malaysia telah mengumpul 100,000 sarung tangan getah yang akan dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan yang dikendalikan Kementerian Luar.

“Kita (KPK) sudah berhubung dengan syarikat pengeluar (sarung tangan getah) dan kalau diperlukan lagi mereka bersedia untuk menyediakan sumbangan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari berkata, Malaysia menerusi Ops Ihsan bercadang mewujudkan satu hab kemanusiaan di Kaherah yang akan diselia semua badan bukan kerajaan (NGO) bernaung di bawah Ops Ihsan.

Beliau berkata, pasukan terbabit akan ke Kaherah minggu depan untuk memastikan perancangan itu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Ops Ihsan merupakan inisiatif yang dilancarkan Kementerian Luar bersama lebih 50 NGO antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA).

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan setengah gaji
Next: Ahli Parlimen pembangkang sokong Perdana Menteri tidak hilang kerusi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.