Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis ramah tamah anjuran RELA Bintulu perkukuh silaturahim, keselamatan komuniti di Bintulu
  • WILAYAH

Majlis ramah tamah anjuran RELA Bintulu perkukuh silaturahim, keselamatan komuniti di Bintulu

Utusan Sarawak 11 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming bersama anggota RELA beserta komuniti setempat di majlis ramah tamah anjuran RELA Bintulu.

BINTULU: Suasana penuh mesra dan harmoni jelas terpancar dalam majlis ramah tamah bersama warga Jabatan Sukarelawan (RELA) Daerah Bintulu yang diadakan hari ini, menghimpunkan anggota serta komuniti setempat dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat di Bintulu.

Majlis ini bukan sekadar pertemuan biasa, malah menjadi simbol kebersamaan dan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.

Penganjuran majlis ini juga menggabungkan sambutan pelbagai perayaan utama iaitu Tahun Baharu Cina, Hari Raya dan Gawai Dayak, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

Ia turut menjadi platform untuk menghargai komitmen dan pengorbanan anggota RELA yang sentiasa tampil sebagai barisan hadapan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, menzahirkan penghargaan atas jasa dan dedikasi anggota RELA, sambil menekankan kepentingan peranan mereka dalam masyarakat.

“Ini merupakan kali pertama kita mengadakan majlis ramah tamah di pejabat RELA sendiri dan saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan sesama anggota.

“Majlis ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menghargai komitmen dan pengorbanan anggota RELA dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan komuniti,” ujarnya ketika berucap pada majlis tersebut.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berucap pada majlis ramah tamah anjuran RELA di Bintulu, hari ini.

Beliau turut menambah bahawa majlis seumpama ini bukan sahaja mengukuhkan silaturahim, malah menjadi ruang untuk saling mengenali dan memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan anggota RELA.

Penganjuran majlis seumpama ini diharapkan dapat terus menjadi pemangkin kepada perpaduan masyarakat, selaras dengan semangat muhibah yang menjadi tunjang keharmonian di Sarawak.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kepimpinan akar umbi DUN Krian diperkasa melalui penerangan PCDS 2030
Next: Kerja baik pulih jalan: Sebahagian Jalan Nyabau ditutup hingga 30 April ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.