Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Majlis Keselamatan PBB terima resolusi gencatan senjata Gaza untuk Ramadan
  • GLOBAL

Majlis Keselamatan PBB terima resolusi gencatan senjata Gaza untuk Ramadan

Utusan Sarawak 1 year ago
AGENSI Anadolu (AA) melaporkan sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis berkenaan yang dipilih sementara Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi.

WASHINGTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) semalam menerima satu resolusi meminta satu gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza untuk Ramadan dilaksanakan.  

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis berkenaan yang dipilih sementara Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi, lapor Agensi Anadolu (AA).

Resolusi itu menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan sepanjang Ramadan, dihormati oleh semua pihak sambil menyasarkan satu gencatan senjata yang dapat bertahan lama.

Ia juga meminta supaya pembebasan segera tanpa syarat semua tawanan dan memastikan akses untuk mereka mendapatkan keperluan kemanusiaan dan perubatan.

Resolusi itu mensyaratkan pihak berkenaan supaya mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa terhadap individu yang mereka tawan.

Ia  juga menekankan keperluan segera kedua-dua aspek iaitu meluaskan aliran masuk bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza dan memperkukuhkan perlindungan kepada orang awam.

Resolusi itu turut mengulangi permintaan supaya segala halangan kepada penyediaan bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza pada skala besar dimansuhkan dengan segera, menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa  dan resolusi Majlis Keselamatan. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Syarikat pengeluar getah berharap kerajaan Thai benarkan import getah mentah
Next: Prabowo kunjung hormat Presiden Xi Jinping di Beijing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.