Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mahkamah rayuan tolak rayuan 33 ADUN
  • NASIONAL

Mahkamah rayuan tolak rayuan 33 ADUN

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 8 Sept -- Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (tengah) keluar dari Istana Kehakiman hari ini. Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dikemukakan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai.?-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA?

BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (tengah) keluar dari Istana Kehakiman semalam. Mahkamah Rayuan semalam menolak rayuan dikemukakan 33 ADUN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan DUN pada 30 Julai. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menolak rayuan dikemukakan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim yang juga dianggotai Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Supang Lian, turut menolak permohonan 33 ADUN berkenaan bagi penangguhan pelaksanaan keputusan semalam sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Berikutan keputusan itu, pilihan raya negeri akan berlangsung seperti dijadual. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 September bagi penamaan calon dan pengundian pada 26 September.

Hakim Abdul Karim memutuskan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah melaksanakan bidang kuasanya dengan betul mengikut Perlembagaan Sabah dalam membubarkan DUN.

Kesemua 33 ADUN berkenaan, diketuai bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan yang dibuat Yang Dipertua Negeri pada 30 Julai.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan selama dua hari bermula Isnin lepas dikemukakan oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili ADUN berkenaan, Peguam Besar Negeri Sabah Brenndon Keith Soh mewakili Tun Juhar; peguam Datuk Cyrus Das mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kerajaan negeri; dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili SPR.

Musa dan beberapa wakil rakyat berkenaan hadir di mahkamah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pembangunan Geopark Lenggong pelengkap tapak warisan dunia
Next: Ahmad Zahid yakin pemimpin BN faham kerusi terhad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.