Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mahkamah perintah pilihan raya diadakan semula
  • GLOBAL

Mahkamah perintah pilihan raya diadakan semula

Utusan Sarawak 1 year ago
GAMBAR fail menunjukkan Seorang lelaki membuang undi dalam pilihan raya Jerman di sebuah pusat mengundi di Berlin, Jerman pada 26 September 2021. FotoAFP

BERLIN: Mahkamah Perlembagaan Persekutuan Jerman semalam memutuskan bahawa pilihan raya umum 2021 mesti diadakan semula di beberapa bahagian di Berlin pada Februari tahun depan.

Kira-kira satu perlima daripada daerah mengundi di Berlin akan terlibat. 

Pada pilihan raya September 2021, ramai pengundi dilaporkan tidak dapat mengundi kerana barisan yang terlalu panjang dan masa menunggu yang terlalu lama di pusat mengundi.

Ada juga kes kertas undi hilang dan beberapa pusat mengundi ditutup awal manakala ada yang dibuka lewat.

“Kerajaan Berlin telah menyediakan semua syarat-syarat yang diperlukan untuk memastikan pilihan raya di Berlin dapat diadakan semula,” kata Ketua Menteri Kai Wegner, semalam.

Beliau yakin pilihan raya kali ini dapat diadakan dengan lancar.

Berikutan pandemik Covid-19 dan krisis tenaga, Jerman kini sedang bergelut untuk mengatasi krisis ekonomi.

Keadaan itu diburukkan lagi oleh kegagalan untuk memperuntukkan semula €60 bilion (AS$66 bilion) dana bantuan Covid-19 kepada Dana Iklim dan Transformasi. -Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Undian UNSC mengenai Gaza ditangguhkan untuk kali kedua
Next: Mahkamah Agung Colorado batal kelayakan Trump tanding jawatan presiden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.