Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mahasiswa digalak jadi ejen perubahan melalui Sahabat PSSS: Mahasiswa Prihatin
  • TEMPATAN

Mahasiswa digalak jadi ejen perubahan melalui Sahabat PSSS: Mahasiswa Prihatin

Utusan Sarawak 4 days ago
SIMBOLIK PERASMIAN…Datuk Seri Nancy Shukri  ketika merasmikan Program Kesukarelawanan dan Cakna Komuniti YKN dengan kerjasama Kolej Universiti i-CATS serta Majlis Peluncuran Sahabat PSSS YKN: Mahasiswa Prihatin di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti i-CATS, Kuching, hari ini.

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa golongan mahasiswa agar tampil sebagai ejen perubahan dalam masyarakat melalui penglibatan aktif dalam program kesukarelawanan dan komuniti.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kesukarelawanan dan Cakna Komuniti YKN dengan kerjasama Kolej Universiti i-CATS serta Majlis Peluncuran Sahabat PSSS YKN: Mahasiswa Prihatin di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti i-CATS, di sini hari ini.

Menurutnya, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang diwujudkan sejak 2021 di bawah kementeriannya dan diuruskan YKN, kini menjadi wadah penting dalam menangani isu masyarakat termasuk kesihatan mental, keganasan rumah tangga, penderaan, buli, gangguan seksual dan pelbagai masalah sosial lain.

KENANGAN…Datuk Seri Nancy Shukri merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat dan para peserta pada Program Kesukarelawanan dan Cakna Komuniti YKN dengan kerjasama Kolej Universiti i-CATS serta Majlis Peluncuran Sahabat PSSS YKN: Mahasiswa Prihatin di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti i-CATS, Kuching hari ini.

“Sehingga September 2025, seramai 134,395 individu telah menerima manfaat daripada PSSS yang menawarkan kaunseling berdaftar, intervensi awal, terapi serta rujukan bantuan kebajikan secara percuma. Pencapaian ini turut diiktiraf menerusi Laporan Outcome KPWKM 2024 apabila PSSS dinobatkan sebagai projek terbaik,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berkata, peluncuran Sahabat PSSS: Mahasiswa Prihatin memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadi sukarelawan, rakan sokongan awal (first responder) serta penghubung PSSS di peringkat komuniti.

“Dengan semangat kesukarelawanan, mahasiswa bukan sahaja menimba ilmu akademik, tetapi diasuh dengan nilai empati, kasih sayang dan kepedulian terhadap masyarakat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nancy turut mengumumkan pelaksanaan Program Anak Angkat Kampung Santubong: Jalinan Kasih Komuniti sempena Santubong Day 2025 pada 16 hingga 19 Oktober ini.

Melalui program empat hari tersebut, mahasiswa bukan sahaja tinggal bersama keluarga angkat, malah akan menyertai pelbagai aktiviti seperti sukan rakyat, pertandingan mewarna, sambal warisan, bola tampar pantai, malam kesenian bermukun dan nopeng, selain aktiviti advokasi serta pameran pendidikan oleh i-CATS.

AMANAT…Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Program Kesukarelawanan dan Cakna Komuniti YKN dengan kerjasama Kolej Universiti i-CATS serta Majlis Peluncuran Sahabat PSSS YKN: Mahasiswa Prihatin di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti i-CATS, Kuching hari ini.

“Inisiatif ini bukan sahaja mendekatkan mahasiswa dengan komuniti setempat, tetapi turut menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan serta rasa tanggungjawab sosial,” katanya.

Beliau menegaskan, mahasiswa adalah generasi penerus negara yang bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik, malah matang, berjiwa besar dan bersedia menyumbang kepada masyarakat.

“Dengan ilmu dan kesedaran yang betul, mahasiswa mampu menjadi suara dan teladan, membantu mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental serta membudayakan semangat prihatin dalam komuniti,” ujarnya.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Amaran hujan lebat di Miri, orang ramai dinasihatkan berwaspada
Next: MBKS, SSPCA laksana Program Rintis CNVR tangani isu anjing liar di Kuching Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.