Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MAFI tawar pembiayaan RM5 juta kepada 82 usahawan
  • BISNES

MAFI tawar pembiayaan RM5 juta kepada 82 usahawan

Utusan Sarawak 5 years ago

TANAH MERAH, 20 Sept -- Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi (kanan) melawat pusat jualan produk serunding puyuh selepas Majlis Perasmian Pusat Jualan Produk Hiliran di Ladang Ternakan A K Puyuh Emas di Kampung Tirok Gual Ipoh hari ini. Turut sama Pengarah Urusan A K Puyuh Emas Enterprise Abdul Khairan Firdaus (kiri). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (kanan) melawat pusat jualan produk serunding puyuh selepas Majlis Perasmian Pusat Jualan Produk Hiliran di Ladang Ternakan A K Puyuh Emas di Kampung Tirok Gual Ipoh. • Foto BERNAMA

TANAH MERAH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menawarkan pembiayaan sebanyak RM5 juta kepada 82 usahawan di seluruh negara tahun ini menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll (MAFI) Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah berkata antara saluran kerajaan bagi membantu usahawan ialah Program Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) bagi meningkat dan memantapkan usahawan peladang yang mempunyai jaringan perniagaan dengan LPP.

“Pembiayaan di bawah TPUP antara lain bertujuan meningkatkan bilangan usahawan peladang yang menghasilkan produk memenuhi tahap piawaian tempatan dan boleh memasuki pasaran antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Jualan Produk Hiliran Ladang, Kampung Tirok, Gual Ipoh di sini, hari ini.

Katanya kementerian melalui LPP sentiasa memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada usahawan-usahawan peladang untuk lebih berjaya dalam projek yang diusahakan.

“MAFI melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, AgroBank dan pelbagai jabatan serta agensi lain di kementerian ini komited dalam memberi bantuan dan kemudahan pinjaman supaya lebih ramai pengusaha terutamanya anak-anak muda menceburi bidang pertanian dan industri makanan.

Tahun ini, MAFI juga telah menerima sebanyak RM50 juta untuk Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan RM400 juta untuk PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) ,” katanya.

Pada majlis yang sama Che Abdullah berkata usahawan khususnya dalam bidang pertanian dan perladangan perlu lebih berdikari dengan tidak semata-mata mengharapkan bantuan daripada kerajaaan, katanya.

“Usahawan mesti mempunyai kemahuan untuk berdikari kerana ia platfrom untuk mereka berjaya… kerajaan faham bidang pertanian merupakan bidang yang susah, bahaya oleh itu kita sentiasa menyediakan pakej-pakej bantuan kepada usahawan.

Bantuan kerajaan hanya cara untuk mempercepatkan dan membuka jalan untuk membantu usahawan memperolehi kerjayaan selebihnya mereka (usahawan) itu sendiri perlu berdikari dan lebih kreatif,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ba’kelalan ransang sektor pelancongan
Next: PUWas bantu usahawan wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.