Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mad Havox muncul juara
  • SUKAN

Mad Havox muncul juara

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH … Dr Annuar Rapa’ee (empat, kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan juara Mad Havox manakala Abdul Taib Rosli (empat, kiri) melihat sama.

PASUKAN Mad Havox muncul juara pada Pertandingan Mobile Legends Nangka Challenge 2020 yang diadakan di Rumah Panjang Maxwell Batu 13, Ahad lalu.

Selaku johan, pasukan Mad Havox berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM500 dan hamper.

Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing dimenangi oleh pasukan Miak Esport dan Team Virus.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM300 dan RM200 beserta hamper.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee.

Pertandingan anjuran bersama Pusat Khidmat Nangka, Jawatankuasa E Sport Nangka Challenge, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Maxwell, Brigde Pemuda Luar Bandar N.55 Nangka dan Biro Wanita Luar Bandar N.55 Nangka ini telah disertai sebanyak 30 pasukan.

Oleh NURZILLA MOHAMAD

Continue Reading

Previous: Sukan platform kukuh perpaduan
Next: Juara milik Rimbas United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.