Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MAA berharap kerajaan perluas beri tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik MPV
  • SEMASA

MAA berharap kerajaan perluas beri tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik MPV

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperluas pemberian tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menurut MAA dalam kenyataan hari ini, pada masa ini kemudahan itu hanya diberikan kepada pemilik trak pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang layak.

“Berikutan MPV berkuasa diesel hanya menyumbang kira-kira satu peratus daripada jumlah keseluruhan industri, peluasan subsidi kepada segmen ini hanya memberi impak fiskal yang minimum, namun merupakan bantuan penting kepada keluarga yang bergantung pada kenderaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Pada 22 Jun, kerajaan mengumumkan pemberian tambahan 100 liter diesel bersubsidi, sebagai tambahan kepada kuota sedia ada sebanyak 200 liter, kepada pemilik trak pikap dan SUV yang layak.

Sementara itu, MAA berpandangan bahawa mekanisme subsidi yang ditambah baik itu akan membantu memulihkan keyakinan pengguna, terutama bakal pembeli yang menangguhkan pembelian kenderaan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

“Langkah itu dijangka menggalakkan pengguna mempertimbangkan semula rancangan pembelian mereka, khususnya bagi segmen trak pikap yang kini semakin popular sebagai kenderaan gaya hidup serta SUV berkuasa diesel,” menurutnya.

Sejak harga diesel diapungkan pada 10 Jun 2024, yang menyaksikan harga runcit meningkat daripada RM2.15 seliter kepada RM4.07 seliter berdasarkan harga pasaran, MAA mendapati permintaan terhadap kenderaan berkuasa diesel merosot dengan ketara.

“Jualan kenderaan diesel, khususnya bagi segmen trak pikap dan SUV di Semenanjung Malaysia, telah merosot hampir 25 peratus,” menurut kenyataan itu.

MAA juga berharap dapat terus mengadakan libat urus dengan kementerian berkaitan bagi memastikan dasar yang dilaksanakan memberi manfaat kepada pengguna, di samping menyokong pembangunan industri automotif secara keseluruhan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy pacu kesalinghubungan tenaga serantau
Next: Kerjasama Sarawak, ATM diperkukuh demi keselamatan sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.