Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MA63: Sarawak berpegang teguh prinsip federalisme – Fadillah
  • SEMASA

MA63: Sarawak berpegang teguh prinsip federalisme – Fadillah

Utusan Sarawak 4 months ago
DATO Sri Fadillah Yusofketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak berpegang teguh kepada prinsip federalisme yang menjadi teras kepada tuntutan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi kestabilan pentadbiran di negeri ini.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fadillah Yusof berkata, sebagai rakan pengasas kepada pembentukan Malaysia, Sarawak memainkan peranan penting dalam memastikan keseimbangan kuasa antara Kerajaan Pusat dan kerajaan Sarawak.

“Perjuangan Sarawak terhadap tuntutan MA63 sememangnya perlu dihormati dan tidak boleh dipertikaikan.

“Sarawak juga akan terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi panduan kepada pentadbiran negara

“Dengan ada prinsip tersebut dan tuntutan hak kita, Sarawak bukan sahaja akan memastikan masa depan terjamin tetapi turut memberi sumbangan kepada kemakmuran bersama untuk Malaysia,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Sementara itu, Fadillah berkata Sarawak sememangnya bertuah kerana pucuk kepimpinan parti sentuasa meletakkan rakyat dan negeri sebagai keutamaan dalam apa jua perancangan dan tindakan yang dibuat selari dengan slogan “Utamakan Sarawak”.

Katanya, kerajaan hari ini optimis dalam membangunkan Sarawak ke arah yang lebih maju dan berdaya saing, tetapi barisan kepimpinan juga memerlukan sokongan penuh daripada orang ramai termasuk ahli PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal menjadi tulang belakang kerajaan demi mencapai matlamat Sarawak

Oleh itu, beliau berharap semua pihak tidak leka dan terus memperkukuhkan perpaduan dan pelihara keharmonian sesama manusia demi kesejahteraan Sarawak yang disayangi.

Oleh Noor Ikmal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PBB, GPS main peranan menstabilkan politik negara
Next: Terkini: Lokasi Lapangan terbang baharu Kuching di Tanjung Embang Asajaya – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.