Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • LPKP tegur kekeliruan sistem ePlate, minta JPJ perjelas pelaksanaan
  • SEMASA

LPKP tegur kekeliruan sistem ePlate, minta JPJ perjelas pelaksanaan

Utusan Sarawak 6 days ago
NOMBOR PLAT TIDAK PATUH?… Kekeliruan timbul dalam kalangan pemilik kenderaan apabila menerima notis walaupun menggunakan ePlate yang dikeluarkan oleh pembekal sah.

KUCHING: Pengenalan sistem ePlate oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mula diperkenalkan pada September 2024 bagi kenderaan elektrik (EV), dan dijangka diperluaskan kepada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Meskipun objektif utamanya adalah untuk menyeragamkan reka bentuk plat nombor dan memperkukuh penguatkuasaan.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial (LPKP) Sarawak, Michael Kong, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang pemilik EV yang menerima notis kesalahan daripada JPJ walaupun nombor plat yang digunakan telah dikeluarkan oleh peniaga ePlate yang diluluskan.

“Saya telah dihubungi orang awam yang keliru dan bimbang.

“Plat nombor mereka dibuat oleh pengeluar yang diluluskan JPJ, namun mereka menerima notis menyatakan ia tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan,” jelas Kong.

Menurutnya, perkara tersebut telah dibawa segera kepada perhatian Pengarah JPJ Sarawak.

“Saya menghargai tindakan pantas pihak JPJ yang menyemak dan menyelesaikan kes berkenaan tanpa mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan. Maklum balas cepat seperti ini amat dipuji,” katanya.

Kong menjelaskan bahawa isu sebegini merupakan sebahagian daripada fasa awal pelaksanaan sistem ePlate yang masih dalam peringkat perintis.

“Adalah perkara biasa untuk berlaku masalah kecil pada peringkat awal pelaksanaan.

“Justeru, maklum balas orang awam dan kerjasama erat dengan pihak berkuasa amat penting bagi memperbaiki proses ini,” ujarnya.

Tambahnya, insiden ini mencerminkan pendekatan praktikal dan seimbang yang diambil oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam menyokong dasar kerajaan.

“Kami menyokong inisiatif progresif seperti sistem ePlate, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira kesejahteraan rakyat. Setiap isu yang timbul perlu diselesaikan secara adil dan pantas,” katanya.

Kong turut memberi jaminan bahawa LPKP akan terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi memastikan peralihan ke arah penggunaan plat nombor seragam dapat dilaksanakan secara lancar demi manfaat semua pihak.

Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei lawat ICQS Sungai Tujoh
Next: Insentif Bayi Baru Lahir 2.0 cerminan keprihatinan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.