Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LPKP Sarawak gesa pengendali bas sekolah percuma dapatkan lesen
  • TEMPATAN

LPKP Sarawak gesa pengendali bas sekolah percuma dapatkan lesen

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGERUSI LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian berkata, LPKP Sarawak menggesa pengendali bas terbabit mendapatkan lesen yang sewajarnya selain menyatakan kesediaan membantu memudahkan dan mempercepatkan proses pelesenan bagi kenderaan yang mematuhi syarat ditetapkan.

KUCHING: Sebanyak 11 daripada 12 bas yang dilancarkan di bawah program bas sekolah percuma kerajaan Sarawak pada Januari ini didapati tidak mempunyai lesen daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).  

Pengerusi LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian berkata, LPKP Sarawak menggesa pengendali bas terbabit mendapatkan lesen yang sewajarnya selain menyatakan kesediaan membantu memudahkan dan mempercepatkan proses pelesenan bagi kenderaan yang mematuhi syarat ditetapkan.

Michael Kong berkata, setakat ini, satu-satunya maklumat yang dimiliki LPKP Sarawak mengenai program tersebut adalah berkaitan 12 bas sekolah yang dilancarkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No. 6 dan SK Sungai Maong Hilir.

“Susulan pelancaran itu, LPKP Sarawak telah mendapatkan dan meneliti butiran penuh kesemua 12 bas di bawah program tersebut.

“Rekod kami mengesahkan bahawa setakat 12 Mei lalu, 11 daripada 12 bas itu tidak dilesenkan oleh LPKP Sarawak.

“Hanya sebuah bas sahaja yang kini memiliki lesen sah dan ia masih berkuat kuasa sehingga 2 Disember 2029,” katanya.

Beliau berkata, semakan turut mendapati empat daripada 12 bas tersebut telah melebihi had usia maksimum yang dibenarkan di bawah peraturan berkaitan pengendalian bas sekolah.

“Kenderaan ini berusia antara 34 hingga 37 tahun, jauh melebihi had yang ditetapkan iaitu 30 tahun.

“Had usia 30 tahun itu diwujudkan atas faktor keselamatan yang penting, khususnya kerana kenderaan ini digunakan untuk membawa pelajar sekolah.

“Oleh itu, kenderaan yang melebihi had ini tidak boleh diberikan lesen oleh LPKP Sarawak,” katanya.

Michael Kong berkata, LPKP Sarawak telah memaklumkan kepada See Chee How bahawa kenderaan yang terlibat perlu diganti bagi mematuhi syarat pelesenan.

Beliau menjelaskan bahawa satu-satunya pengendali bas yang mempunyai lesen diberikan tempoh lesen sehingga 2 Disember 2029 kerana kenderaan itu akan mencapai had usia 30 tahun pada tarikh berkenaan selepas didaftarkan asal dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 2 Disember 1999.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan dakwaan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa LPKP Sarawak membenarkan kenderaan berusia lebih 30 tahun beroperasi sebagai sangat tidak tepat dan mengelirukan.

“LPKP Sarawak sentiasa bertindak selaras dengan peraturan dan keperluan keselamatan yang berkuat kuasa, khususnya apabila melibatkan kebajikan dan keselamatan pelajar sekolah,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Kerjasama Sarawak-Singapura pemangkin rangkaian tenaga ASEAN yang saling berhubung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.