Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Log masuk tunggal MyJPJ guna MyDigital ID berkuat kuasa 1 Mei – KP JPJ
  • NASIONAL

Log masuk tunggal MyJPJ guna MyDigital ID berkuat kuasa 1 Mei – KP JPJ

Utusan Sarawak 4 hours ago
SISTEM log masuk tunggal MyJPJ menggunakan MyDigital ID.

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sepenuhnya sistem log masuk tunggal bagi aplikasi pintar MyJPJ menggunakan MyDigital ID berkuat kuasa mulai 1 Mei ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pelaksanaan itu merupakan sebahagian inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam bertujuan memperkukuh tahap keselamatan siber dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata pelaksanaan itu juga akan memudahkan akses pengguna kepada pelbagai perkhidmatan JPJ melalui satu identiti digital yang sah dan diiktiraf.

“Pengguna hanya perlu menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan utama untuk mengakses Aplikasi MyJPJ, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai maklumat log masuk serta meminimumkan risiko keselamatan data,” katanya.

Aedy Fadly berkata aplikasi Pintar MyJPJ merupakan platform bersepadu yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang awam termasuk semakan dan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Kenderaan Motor (LKM), semakan saman serta akses kepada perkhidmatan berkaitan JPJ secara dalam talian.

Sehingga kini, aplikasi ini telah merekodkan melebihi 14 juta pengguna.

“Versi baharu aplikasi ini turut dipertingkat dengan pelbagai ciri tambahan seperti integrasi MyDigital ID, fungsi mod tetamu tanpa log masuk, chatbot pintar beroperasi 24 jam, serta integrasi JPJeBid dan JPJeQ dalam satu platform tunggal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata semua pengguna MyJPJ yang berumur 12 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID selaras dengan pelaksanaan penuh sistem ini.

Bagi pengguna pemegang MyPR, kaedah log masuk sedia ada akan terus disediakan melalui saluran alternatif yang ditetapkan.

“Pelaksanaan log masuk tunggal ini mencerminkan komitmen berterusan JPJ dalam memperkasa transformasi digital jabatan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, selamat dan mesra pengguna,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, Kuala Lumpur, Putrajaya termasuk Sarawak hingga 12.00 tengah malam
Next: MOF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar di Sabah, Sarawak – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.