Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool hanya perlu seri untuk muncul juara Ahad ini 
  • SUKAN

Liverpool hanya perlu seri untuk muncul juara Ahad ini 

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Slot dan pemainnya dijangka tidak berdepan masalah untuk meraih satu lagi kemenangan bagi mengesahkan kejuaraan EPL ke-20 mereka. Foto AFP

LONDON: Liverpool hanya memerlukan satu mata daripada pertemuan dengan Tottenham pada Ahad ini untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan menyamai rekod 20 gelaran Liga Inggeris.

Keputusan seri di Anfield akan membawa skuad kendalian Arne Slot 13 mata di depan pesaing terdekat, Arsenal dengan hanya empat perlawanan berbaki.

Di bawah mereka, Chelsea dan Newcastle berpeluang memburu slot ke Liga Juara-Juara dengan Manchester City, Nottingham Forest dan Aston Villa terbabit dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Di kelompok bawah liga, nasib Ipswich bakal ditentukan.

Berdasarkan prestasi semasa, sukar buat Tottenham untuk menafikan pesta kejuaraan Liverpool di Anfield.

Selepas Arsenal seri di laman sendiri menentang Crystal Palace, anak buah Slot hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan kejuaraan musim ini dan menyamai rekod 20 gelaran Manchester United.

Tottenham kini di tangga ke-16 liga dan mempunyai rekod buruk di Anfield – tidak pernah menang di sana sejak tahun 2011.

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkata musim mereka cukup hebat kali ini tetapi masih ada kerja perlu dilakukan selepas kemenangan 1-0 di Leicester minggu lalu.

“Kini kami mempunyai peluang untuk menamatkannya pada hujung minggu menentang Tottenham yang sangat bagus, pada pendapat saya. Kami bermain tiga kali menentang mereka musim ini dan setiap perlawanan amat sengit.

“Untuk berada di posisi ini sekarang, ia cukup bagus tetapi belum selesai. Kami perlu menyedari hakikat itu. Kami akan memastikannya. Kami melakukan persiapan rapi dan sudah bersedia,” kata Van Dijk.

Hanya empat mata memisahkan Man City yang menghuni tangga ketiga dengan Aston Villa di tangga ketujuh. 

Buat pertama kali, lima pasukan Liga Perdana Inggeris layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan susulan persembahan baik kelab Inggeris di kejohanan benua itu.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris

Esok

Chelsea mln Everton

Brighton mln West Ham

Newcastle mln Ipswich

Southampton mln Fulham

Wolves mln Leicester

Ahad

Bournemouth mln Manchester United

Liverpool mln Tottenham

– AFP

Continue Reading

Previous: Hoe Yean raih emas berganda Renang Terbuka Malaysia 2025
Next: Penonton final Piala Malaysia dinasihat tidak bawa bahan terlarang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.