Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Limpahan pelaburan hasil keharmonian kaum, kestabilan politik berpandukan Rukun Negara
  • NASIONAL

Limpahan pelaburan hasil keharmonian kaum, kestabilan politik berpandukan Rukun Negara

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEMAKMURAN ekonomi dan limpahan pelaburan yang dinikmati Malaysia hari ini adalah hasil kekuatan yang dibina atas keharmonian kaum dan kestabilan politik berpandukan Rukun Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

PUTRAJAYA: Kemakmuran ekonomi dan limpahan pelaburan yang dinikmati Malaysia hari ini adalah hasil kekuatan yang dibina atas keharmonian kaum dan kestabilan politik berpandukan Rukun Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Dalam catatan di laman Facebooknya hari ini, Zulkifli berkata rakyat negara ini, khususnya umat Islam wajib mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan berdoa agar Malaysia tidak bergelut seperti negara lain dalam menghadapi krisis bekalan dunia.

“Saya dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan penuh takzim menjunjung titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar seluruh rakyat Malaysia menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara bagi menjamin perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara. 

“Titah Sultan Ibrahim ini mengukuhkan lagi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menjadi bukti Raja-raja Melayu sangat prihatin tentang isu rakyat dan hubungan antara kaum,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menekuni titah Sultan Ibrahim, seterusnya kembali kepada Rukun Negara agar negara ini terus aman dan maju untuk semua.

Seri Paduka Baginda ketika bertitah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam, menyeru semua pihak agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan serta garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia.  

Sultan Ibrahim bertitah perpaduan adalah asas kekuatan negara yang menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Sidang DUN khas Johor pada 22 Jun batal – Speaker
Next: Langkah kuat kuasa pengesahan umur bagi pengguna media sosial wajar – PPIM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.