Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lima terlibat pemalsuan dokumen ditahan
  • NASIONAL

Lima terlibat pemalsuan dokumen ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN … Sebahagian daripada lima individu termasuk suami isteri yang ditahan polis
kerana terbabit dalam pemalsuan dokumen kelahiran dan pemindahan milikan terhadap
seorang bayi lelaki berusia tiga bulan pada 5 Mei lalu di Daerah Arau. • Foto BERNAMA

ARAU: Polis menahan dua lelaki dan tiga wanita warga tempatan berumur antara 30 hingga 58 tahun di Perlis dan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen penjagaan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Ma’arof berkata, polis pada mulanya menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis apabila jururawat bertugas gagal mengesan bayi tersebut ketika mengadakan pemeriksaan berkala di rumah keluarganya di Taman Desa Pauh, Arau pada Selasa lepas.

“Apabila disoal oleh pegawai JKM, ibu bayi berkenaan yang berusia 30 tahun gagal menjelaskan di manakah bayi tersebut berada malah cuba menyembunyikan keberadaan bayi itu daripada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nanda berkata, hasil siasatan lanjut polis mendapati bayi berkenaan telah diserahkan kepada pasangan suami isteri dari Pulau Pinang melalui ibu saudara kepada ibu kandung bayi itu pada Khamis.

Pemeriksaan lanjut ke atas pasangan suami isteri dari Pulau Pinang itu kemudian mendapati mereka telah mendaftarkan bayi itu sebagai bayi kandung mereka di Alor Setar dan bukannya sebagai anak angkat, katanya.

Nanda berkata, semua suspek yang ditahan berumur antara 30 hingga 58 tahun itu direman selama dua hari bermula semalam untuk siasatan lanjut serta kes disiasat dibawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: APMM tahan 14 individu tangkap ikan
Next: TUDM hantar pulang 19 individu bebas Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.