Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lima rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas di Tokyo
  • GLOBAL
  • SEMASA

Lima rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas di Tokyo

Utusan Sarawak 1 month ago
DUA bas persiaran terbabit dalam kemalangan berhampiran Terowong Kobotoke di Lebuh Raya Chuo, Hachioji, pada sekitar 10.15 pagi, pada Sabtu waktu tempatan. – Foto Bernama/Kyodo

KUALA LUMPUR: Lima rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua bas pelancong di Lebuhraya Chuo di Hachioji, barat Tokyo pada Sabtu.  

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi situasi berkenaan.  

“Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan bahawa lima warganegara Malaysia berada di dalam kedua-dua bas itu.  

“Kesemua mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Setelah menerima rawatan dan pemeriksaan di hospital, mereka telah dibawa pulang ke hotel mereka,” menurut Kementerian Luar.  

Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra menyatakan bahawa insiden itu berlaku kira-kira 10.15 pagi berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke. Kemalangan itu membabitkan dua bas yang membawa 47 penumpang, kebanyakannya warga asing yang dalam perjalanan bersama dari Stesen JR Tokyo menuju ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi.  

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah bas melanggar bahagian belakang bas di hadapannya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Landasan kereta api, Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay kembali beroperasi
Next: Kebakaran Putra Heights: Nilai kerugian dianggar RM65.4 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.