Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lima PPS banjir kekal aktif
  • Tengah
  • WILAYAH

Lima PPS banjir kekal aktif

Utusan Sarawak 2 months ago

SIBU: Sebanyak lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir masih aktif, setakat ini.

Menurut laporan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, PPS Dewan Komuniti Sibu Jaya di Sibu menempatkan seramai 17 Ketua Isi Rumah (KIR) dan 49 mangsa manakala Dewan Kompleks Sukan Kanowit menempatkan 72 KIR dan 185 mangsa, selain 29 KIR dan 89 mangsa di Dewan Serbaguna Selangau.

Di Kapit pula, PPS Asrama Belia Kapit menempatkan 5 KIR, 32 mangsa dan Dewan Suarah Kapit menempatkan 24 KIR dan 102 mangsa.

Jumlah kesemua mangsa banjir berjumlah kepada 457, dengan trend pemindahan mangsa kini menurun.

Pada masa sama, PPS Balai Raya Song diisytihar ditutup secara rasmi pada 5.00 petang tadi.

Bagi PPS mangsa tanah runtuh di Sibu, PPS Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya kekal menempatkan 10 KIR dan 43 mangsa manakala di Miri, PPS Dewan Kampung Sukan menempatkan 11 KIR dan 40 mangsa.

Selain itu di Bintulu pula, PPS Gereja St. Benard Rh Lapie menempatkan seramai 27 KIR dan 152 mangsa kebakaran.

Jumlah keseluruhan KIR di kesemua PPS setakat ini adalah seramai 195 KIR dengan jumlah keseluruhan mangsa di PPS ialah 692 orang, dengan sebanyak lapan PPS telah dibuka.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Prapelancaran Jambatan Rajang diawalkan
Next: Agihan bubur lambuk, kurma tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.