Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lima penghuni termasuk bayi terselamat, kebakaran di Bekenu
  • KEBAKARAN

Lima penghuni termasuk bayi terselamat, kebakaran di Bekenu

Utusan Sarawak 6 hours ago
MUSNAH… Rumah di Jalan Surau Anur, Kampung Tengah Bekenu yang musnah dalam satu kejadian kebakaran, petang tadi.

BEKENU: Seramai lima penghuni termasuk bayi perempuan berusia setahun terselamat dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Jalan Surau Anur, Kampung Tengah Bekenu, di sini, petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.03 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi sejauh 41 kilometer.

Komander Operasi, PBK I Awang Azdwan Awang Sahari berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi pada 3.45 petang, kebakaran didapati melibatkan rumah kayu berkeluasan kira-kira 20×30 kaki persegi yang telah terbakar 100 peratus.

KEBAKARAN turut memusnahkan kereta Perodua Kancil, dua motosikal jenis Yamaha 150 dan Yamaha 125Z serta enjin bot Yamaha 15 Kuasa kuda yang kesemuanya terbakar sepenuhnya, petang tadi.

“Kebakaran turut memusnahkan kereta Perodua Kancil, dua motosikal jenis Yamaha 150 dan Yamaha 125Z serta enjin bot Yamaha 15 Kuasa kuda yang kesemuanya terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, lima penghuni rumah berkenaan berada di dalam kediaman ketika kejadian berlaku namun berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak dan kesemua mangsa dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Operasi pemadaman dijalankan dengan membentang satu aliran sepanjang 300 kaki menggunakan dua nozel, selain bantuan pam angkut melalui sumber air diambil dari sungai berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 3.48 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.20 petang setelah kawasan disahkan selamat,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Adum Liu

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Ratusan penumpang dipindahkan selepas bank kuasa terbakar di MTR Hong Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.