Lima penghuni selamat, tingkat bawah rumah dua tingkat hampir setengah terbakar

Facebook
WhatsApp

SIBU: Lima penghuni selamat dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Lorong 18 F, Jalan Lada, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.17 petang, telah mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan rumah struktur jenis kekal dua tingkat terbakar 40 peratus di tingkat bawah.

“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 4.38 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, kesemua lima orang penghuni yang mendiami kediaman tersebut dilaporkan selamat, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba,” katanya.

Oleh Akun Giman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis