Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Lima negeri dominasi eksport Mei 2023 berjumlah 82.5 peratus
  • BISNES

Lima negeri dominasi eksport Mei 2023 berjumlah 82.5 peratus

Utusan Sarawak 2 years ago
Sarawak antara lima selain Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menyumbang 8.1 peratus kepada eksport utama negara pada Mei.

KUALA LUMPUR: Lima negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur menjadi pengeksport utama pada Mei 2023 dengan menyumbang sebanyak 82.5 peratus daripada jumlah eksport Malaysia bagi tempoh tersebut, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan Statistik Import Mengikut Negeri Mei 2023 hari ini, ia berkata jumlah eksport negara bagi bulan itu mencecah RM223.8 bilion dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM119.6 bilion dan RM104.2 bilion.

Pulau Pinang mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport utama dengan menyumbang 29.0 peratus dan diikuti oleh Johor (21.1 peratus), Selangor (18.5 peratus), Sarawak (8.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5.8 peratus).

Menurut DOSM, eksport susut 0.7 peratus atau RM884.4 juta (-0.7 peratus) berbanding bulan sama pada 2022 manakala import turun 3.3 peratus bagi tahun ke tahun atau RM3.6 bilion.

Kebanyakan negeri mencatatkan eksport lebih rendah termasuk Pulau Pinang (-RM2.4 bilion), Sabah (-RM1.1 bilion), Sarawak (-RM942.2 juta), Pahang (-RM742.7 juta), Labuan (-RM594.2 juta), Terengganu (-RM394.3 juta), Perak (-RM156.3 juta) dan Johor (-RM71.0 juta).

Namun, nilai eksport meningkat di Selangor iaitu RM2.0 bilion, Kuala Lumpur (+RM1.3 bilion), Kedah (+RM1.0 bilion), Negeri Sembilan (+RM423.4 juta), Melaka (+RM324.1 juta), Kelantan (+RM273.0 juta) dan Perlis (+RM3.5 juta). 

Dalam pada itu, jabatan itu berkata prestasi import mengikut negeri pada Mei 2023 turun RM3.6 bilion (-3.3 peratus) daripada tempoh sama pada 2022.

“Penurunan ini berikutan import lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (-RM7.9 bilion), Kedah (-RM1.2 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (-RM1.2 bilion), Perak (-RM325.3 juta), Labuan (-RM190.1 juta) dan Pahang (-RM21.2 juta),” katanya.

Bagaimanapun, sembilan negeri mencatat peningkatan import iaitu Selangor (+RM3.3 billion), Johor (+RM1.4 bilion), Melaka (+RM1.2 bilion), Sarawak (+RM733.3 juta), Terengganu (+RM290.5 juta), Negeri Sembilan (+RM143.2 juta), Sabah (+RM119.7 juta), Perlis (+RM37.9 juta) dan Kelantan (+RM7.9 juta).

Menurutnya, Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan merekodkan 28.1 peratus dan seterusnya Johor (22.2 peratus), Pulau Pinang (19.7 peratus), Kuala Lumpur (6.7 peratus) dan Kedah (4.8 peratus). – Bernama

Continue Reading

Previous: Secure2u Maybank ke Aplikasi MAE 1 Julai ini
Next: ASB 3 Didik isytihar pengagihan pendapatan 5.00 sen seunit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.