Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima maut, ventilator meletup
  • GLOBAL

Lima maut, ventilator meletup

Utusan Sarawak 5 years ago
BOMBA mengawasi kawasan hospital berkenaan. • Foto AFP

MOSCOW: Lima pesakit Covid-19 di sebuah hospital di St Petersburg, Rusia terbunuh selepas mesin bantuan pernafasan terbakar, semalam.

Agensi berita Interfax melaporkan, kebakaran berlaku di unit rawatan rapi (ICU) di hospital berkenaan yang menempatkan pesakit Covid-19.

Mereka membabitkan pesakit memerlukan bantuan mesin pernafasan.

Sumber berkata, kebakaran berpunca akibat mesin bantuan pernafasan itu yang digunakan terlampau lama.

Ia berikutan bilangan mesin bantuan pernafasan sangat terhad di hospital berkenaan.

Susulan kejadian, seramai 150 pesakit dipindahkan ke hospital lain.

Setakat semalam, berdasarkan worldometers, Rusia merekodkan 221,344 kes Covid-19 dengan 11,656 kematian.

Sabtu lalu, seorang terbunuh selepas selepas kebakaran di sebuah hospital di Moscow yang turut merawat pesakit Covid-19.-AFP

Continue Reading

Previous: Pantry of Sharing ringankan beban
Next: 24,000 sudah jalani saringan Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.