
LA PAZ: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Sungai Mapiri di perbandaran Guanay, di jabatan barat Bolivia La Paz, lapor Xinhua.
Kenderaan itu membawa sekurang-kurangnya tujuh orang apabila ia terbabas dari jalan raya dan jatuh ke dalam sungai lewat Jumaat, kata pegawai polis tempatan Janeth Perez kepada media tempatan, semalam.
Dua mangsa yang cedera parah berjaya diselamatkan dan dibawa ke pusat perubatan berhampiran.
Polis berkata, lima mangsa meninggal dunia akibat lemas dan tiada seorang pun dilaporkan hilang buat masa ini.
Usaha menyelamat diteruskan hingga awal semalam dalam keadaan sukar. Pihak berkuasa telah membuka siasatan berhubung punca kemalangan itu. – Bernama