Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima maut, 22 cedera dalam kemalangan trak terbalik di utara Filipina
  • GLOBAL

Lima maut, 22 cedera dalam kemalangan trak terbalik di utara Filipina

Utusan Sarawak 1 day ago
LIMA maut manakala 22 cedera selepas trak enam tayar terbalik. Foto Facebook Kabayan MPS.

MANILA, Filipina: Lima maut manakala 22 lagi cedera selepas sebuah trak enam tayar yang membawa 39 penumpang terbalik di jalan pergunungan di bandar Kabayan, wilayah Benguet, utara Filipina, pada pagi tadi, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Pejabat Pengurangan Risiko Bencana dan Pengurusan Perbandaran Kabayan memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 10.00 pagi waktu tempatan, dan kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan mekanikal.

Menurut siasatan awal, lima kematian disahkan, termasuk dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia tiga dan 11 tahun.

Sepuluh penumpang mengalami kecederaan serius termasuk trauma kepala dan patah tulang, manakala 12 yang lain, termasuk pemandu trak, mengalami kecederaan ringan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 3 cedera akibat ditikam di stesen kereta api Switzerland
Next: Angka korban kebakaran asrama sekolah di Kenya meningkat kepada 16

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.