Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima individu dibicarakan di Jerman berhubung skandal diesel VW
  • GLOBAL

Lima individu dibicarakan di Jerman berhubung skandal diesel VW

Utusan Sarawak 9 hours ago

BRAUNSCHWEIG: Lebih 10 tahun selepas skandal diesel Volkswagen terbongkar, perbicaraan penipuan ketiga melibatkan lima tertuduh bermula di Mahkamah Wilayah Braunschweig pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Dalam pertuduhan yang mengambil masa hampir dua jam untuk dibacakan, pihak pendakwa raya mengemukakan dakwaan terhadap tertuduh, sebahagian daripada mereka merupakan bekas kakitangan Volkswagen, bersama seorang pembekal.

Mereka didakwa, antara lain, bersubahat dalam penipuan komersial dan berdepan hukuman penjara selama beberapa tahun.

Seperti dalam dua perbicaraan terdahulu, kes itu tertumpu kepada perisian yang dikenali sebagai defeat device, yang membolehkan jutaan kenderaan Volkswagen memaparkan bacaan pelepasan lebih baik semasa ujian makmal berbanding penggunaan sebenar.

Kerugian yang dialami pembeli dilaporkan mencecah berbilion-bilion.

Tertuduh didakwa membantu membangunkan perisian berkenaan atau menyokong pembangunannya pada tempoh berbeza antara November 2006 hingga September 2015.

Mereka juga dituduh berusaha memaksimumkan keuntungan syarikat bagi memperoleh manfaat peribadi melalui pembayaran gaji dan bonus.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Remaja 14 tahun curi bas, pandu 200km dari Norway ke Sweden
Next: Syarikat fesyen Dolce and Gabbana ‘pinjam’ bekas bos Gucci untuk lonjak jenama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.