Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liga Super: Kelantan United bangkit kecewakan Kuching City
  • SUKAN

Liga Super: Kelantan United bangkit kecewakan Kuching City

Utusan Sarawak 2 years ago
Penjaga gol pasukan Kuching City FC Shaiful Wazizi Mohammad (tiga, kanan) cuba menampan bola dari asakan pemain pasukan Kelantan United FC Ismaheel Akinade (dua, kiri) pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi. Keputusan perlawanan separuh masa pertama Kelantan United FC 0-1 Kuching City FC. FotoBERNAMA
 

KOTA BHARU: Kelantan United FC berjaya bangkit untuk mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Liga Super musim ini apabila mengalahkan  pasukan tercorot, Kuching City FC 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Perlawanan tertangguh selama sejam 30 minit susulan hujan lebat menyaksikan Kuching City mengejutkan tuan rumah menerusi tandukan penyerang import, Abu Kamara selepas memanfaatkan hantaran pemain pertahananan, Mohammad Dzulazlan Ibrahim pada minit ke-42.

Tersentak dengan jaringan pelawat, Kelantan United, yang meningkatkan tempo permainan, hanya mengambil masa tiga minit untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan penyerang import dari Nigeria, Ismaheel Akinade,hasil hantaran ketua pasukan, Mohd Syazwan Zainon.

Selang tujuh minit kemudian, pemain import dari Filipina, Jose Porteria muncul wira ‘Kijang Hijau’ apabila menghadiahkan gol kemenangan selepas memanfaatkan tolakan Akinade di dalam kotak penalti.

Kejayaan diraih skuad Kelantan United, bimbingan Ailton Dos Santos Silva, menyaksikan mereka menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan untuk kekal di tangga ke-12 liga dengan 11 mata selepas 21 perlawanan.

Kuching City pula terperosok di tangga terbawah liga dengan tujuh mata selepas hanya menang sekali dalam 20 perlawanan setakat ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Haaland dipilih Pemain Terbaik Tahunan PFA
Next: Harimau Malaya kalah perit, Pan Gon minta maaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.