Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Li Qiang diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana
  • NASIONAL

Li Qiang diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana

Utusan Sarawak 11 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut kedatangan Perdana Menteri China Li Qiang (kiri) ke bangunan Perdana Putra sempena Lawatan Rasmi, hari ini Li Qiang memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dan memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri China Li Qiang, yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini, hari ini.

Li, yang tiba di Malaysia semalam untuk kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac tahun lepas, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus tiba pada 9.30 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Li kemudian memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad.

Turut hadir pada majlis tersebut, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Li dan Anwar kemudiannya mengadakan pertemuan dua hala untuk membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.

Kedua-dua pemimpin itu juga akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman dan persetujuan dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China.

Li tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 8.44 malam tadi.

Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan Malaysia terbesar bagi 15 tahun berturut-turut sejak 2009, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion). – Bernama

Continue Reading

Previous: UPSI tubuh fakulti berkaitan AI sejak Januari 2023 – Naib Canselor
Next: Universiti Putra Malaysia bangunkan Blueprint Keterjaminan Makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.