Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • LHDN wujud peranan peguam di portal MyTax
  • NASIONAL

LHDN wujud peranan peguam di portal MyTax

Utusan Sarawak 1 year ago

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mewujudkan ciri ‘Peranan Peguam’ bagi membolehkan golongan itu mengemukakan borang nyata cukai keuntungan harta tanah (BNCKHT) pembayar cukai menerusi e-CKHT di portal MyTax.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.

Menurut agensi yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara itu, permohonan untuk peranan peguam hanya dibenarkan untuk peguam di bawah firma guaman yang berdaftar dengan Badan Peguam.

Prosedur permohonan peranan peguam boleh dibuat dengan melayari https://mytax.hasil.gov.my/.

“Pemohon perlu log masuk ke MyTax dengan menggunakan nombor MyKad dan kata laluan. Sekiranya tiada Nombor Pengenalan Cukai (TIN), permohonan boleh dikemukakan melalui perkhidmatan e-Daftar di MyTax,” menurut kenyataan itu. 

Maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan peranan peguam itu boleh didapati daripada manual pengguna yang boleh dicapai pada Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ > Panduan Pengguna > Manual Pengguna Permohonan Dan Penamatan Peranan Peguam/Wakil Peguam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang DHAB pertama di Malaysia
Next: Keluarga Faisal serah sepenuhnya kepada polis jalankan siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.