LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. 

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah taksiran dibangkitkan didapati melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1 bilion. 

“Sepanjang tempoh tersebut juga, LHDN telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan pengakuan sukarela yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain-lain kategori seperti pertubuhan. 

“Jumlah ini melibatkan taksiran cukai yang dilaporkan sebanyak RM1.29 bilion,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang ingin tahu keberkesanan PKPS 2.0, bilangan syarikat dan individu yang telah menyertainya serta nilai kutipan hasil yang berjaya diperoleh agar dapat dibelanjakan bagi tujuan kebaikan dan kebajikan rakyat. – Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan

20 petugas SAR digerakkan ke Long Lellang

KUCHING: Sebanyak 20 petugas daripada pelbagai agensi digerakkan ke Long Lellang pagi ini untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan nahas helikopter di kawasan