Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lewat daftar masuk penerbangan punca gaduh di KLIA 1
  • NASIONAL

Lewat daftar masuk penerbangan punca gaduh di KLIA 1

Utusan Sarawak 6 months ago

PUTRAJAYA: Kelewatan mendaftar masuk dipercayai punca perselisihan faham antara penumpang tempatan dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 10 November lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at, berkata polis menerima laporan berkaitan insiden berkenaan daripada petugas syarikat penerbangan.

“Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Azman berkata, orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan yang tidak benar dan palsu kerana tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 membabitkan dua individu. – Bernama.

Continue Reading

Previous: Semua kementerian, agensi kerajaan, swasta digalak anjurkan Hari Keluarga 
Next: SPRM panggil lima ADUN Sabah untuk siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.