Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Letusan lava Gunung Berapi Mayon berterusan
  • GLOBAL

Letusan lava Gunung Berapi Mayon berterusan

Utusan Sarawak 6 hours ago
LETUSAN Gunung Berapi Mayon masih berterusan dengan aliran lava dan runtuhan menghasilkan arus piroklas di kawasan Mi-isi Gully, Filipina. Foto AGENSI

MANILA: Letusan lava Gunung Berapi Mayon masih berterusan namun arus ketumpatan piroklas (PDC) yang lebih pendek diperhatikan pada hari ini, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) merekodkan PDC yang berpunca daripada runtuhan aliran lava di lereng barat daya (Mi-isi Gully) sekitar 8.39 pagi.

“Aktiviti itu masih selaras dengan corak letusan yang sedang berlaku, melibatkan runtuhan lava secara tiba-tiba dan PDC yang terhasil daripada runtuhan tanpa letusan besar,” kata Pengarah Phivolcs Teresito Bacolcol kepada PNA dalam satu wawancara.

Bacolcol berkata kejadian pada Khamis adalah sama seperti aktiviti gunung berapi itu pada 2 Mei lepas memandangkan kedua-duanya melibatkan PDC yang terhasil daripada runtuhan bahan lava yang terkumpul di bahagian atas cerun gunung berapi.

“Perbezaannya ialah pada Sabtu lepas, jumlah runtuhan jauh lebih besar dan jarak alirannya menjangkau kira-kira lima kilometer, sekali gus menghasilkan pelepasan abu dan hujan abu yang lebih ketara,” katanya.

Beliau menambah jumlah runtuhan pada Khamis adalah lebih kecil dengan jarak aliran mencecah dua kilometer di sepanjang Mi-isi Gully, justeru pelepasan abu adalah minimum.

Bacolcol mengingatkan orang ramai supaya mematuhi larangan memasuki zon bahaya kekal dalam radius enam kilometer.

Tahap Amaran 3 kekal berkuat kuasa di Gunung Berapi Mayon.- Bernama-PNA

Continue Reading

Previous: Dua penduduk Singapura di atas MV Hondius diasingkan selepas terdedah kepada hantavirus
Next: Dua bekas Menteri Pertahanan China didakwa rasuah dijatuhkan hukuman mati dengan penangguhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.