Letupan, kebakaran kilang papan di Maine, AS

Facebook
WhatsApp
SEKURANG-kurangnya 11 cedera selepas letupan dan kebakaran di kilang kayu Maine. Foto AGENSI

SAN FRANCISCO:  Satu letupan disusuli kebakaran besar di sebuah kilang papan di Waldo County, Maine, Amerika Syarikat (AS), menyebabkan ramai orang cedera pada Jumaat, lapor Xinhua.

Letupan dan kebakaran itu berlaku di kilang papan di Searsmont, menurut pegawai Waldo County dan pihak berkuasa kecemasan tempatan.

Pegawai daerah berkata jumlah sebenar mangsa cedera masih dinilai.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 11 orang termasuk anggota bomba cedera.

Jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Maine berkata Polis Negeri Maine dan penyiasat jabatan bomba negeri sudah dikerah ke lokasi kejadian, manakala punca insiden masih dalam siasatan.- Bernama-Xinhua

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara