Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
  • GLOBAL

Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera

Utusan Sarawak 7 hours ago
LETUPAN dandang di loji tenaga ragut 10 nyawa, puluhan cedera di Chhattisgarh. Foto AGENSI

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 40 lagi cedera pada Selasa selepas sebuah dandang dalam sebuah loji janakuasa meletup di negeri Chhattisgarh, tengah India, menurut beberapa laporan media tempatan.

Letupan berlaku di loji tenaga milik Vedanta di Kampung Singhitarai dalam Daerah Sakti, kira-kira 228 kilometer timur laut Raipur, ibu negeri Chhattisgarh.

“Sepuluh orang maut lebih 40 lagi cedera dalam satu letupan di loji janakuasa di Daerah Sakti, Chhattisgarh pada Selasa,” lapor saluran berita televisyen tempatan NDTV yang memetik pihak polis.

Menurut saluran itu, beberapa pekerja dikhuatiri masih terperangkap di lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Menurut pegawai kerajaan tempatan, sebahagian mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Sejurus selepas letupan, pihak berkuasa mengerahkan anggota polis, bomba dan penyelamat, kesihatan serta jabatan pengurusan bencana ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Maklumat awal menunjukkan letupan berlaku pada tiub dandang di loji kira-kira 2.30 petang (waktu tempatan), ketika pekerja sedang berehat makan tengah hari.

Rakaman televisyen menunjukkan kepulan asap tebal keluar dari loji berkenaan.

Letupan sering berlaku di kilang di India kerana pemilik kerap mengabaikan piawaian keselamatan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Tujuh maut dalam kebakaran kilang pakaian di Kaherah
Next: Gunung Dempo Indonesia meletus, kepulan abu menjulang 3,500 meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.