Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Letshanaa tekad manfaat pengalaman Piala Uber di Masters Malaysia
  • SUKAN

Letshanaa tekad manfaat pengalaman Piala Uber di Masters Malaysia

Utusan Sarawak 2 hours ago
PEMAIN perseorangan wanita negara, K. Letshanaa semakin yakin menjelang kejohanan Masters Malaysia. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara K. Letshanaa semakin yakin menjelang kejohanan Masters Malaysia minggu depan selepas mempamerkan aksi memberangsangkan pada saingan Piala Uber di Horsens, baru-baru ini.

Letshanaa berkata pengalaman berdepan pemain ternama dunia dalam kejohanan berpasukan wanita itu memberi suntikan semangat terbaik menjelang aksi di laman sendiri di Arena Unifi, Bukit Jalil dari 20 hingga 25 Mei ini.

Pada saingan Piala Uber, pemain berusia 21 tahun itu menampilkan prestasi membanggakan apabila memberi tentangan sengit kepada bekas juara dunia dari Jepun Akane Yamaguchi sebelum tewas 19-21, 17-21 dalam aksi peringkat kumpulan.

Pada suku akhir menentang China pula, beliau sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang apabila mencabar pemain nombor dua dunia Wang Zhiyi sebelum akur 17-21, 18-21.

“Keputusan yang dicapai sangat baik dan ia juga pengalaman berharga buat saya. Saya banyak belajar daripada kejohanan itu.

LETSHANAA tidak menetapkan tempoh tertentu untuk mencapai sasaran kedudukannya namun lebih memilih untuk memberi tumpuan terhadap peningkatan prestasinya. Foto: Bernama

“Saya harap dapat menggunakan pengalaman tersebut untuk terus melangkah ke hadapan serta membawa keyakinan itu ke Masters Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad kebangsaan di sini hari ini.

Berdasarkan undian kejohanan, pemain kedudukan ke-33 dunia itu dijadual menentang wakil Denmark, Amalie Schulz yang menghuni kedudukan ke-41 dunia pada pusingan pertama Malaysia Masters.

Mengulas peningkatan konsisten dalam kedudukan dunia, Letshanaa berkata beliau tidak menetapkan tempoh tertentu untuk mencapai sasaran kedudukan, sebaliknya memilih memberi tumpuan terhadap peningkatan prestasi dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Katanya kedudukan semasanya ketika ini memuaskan, namun beliau tetap fokus untuk terus memperkemaskan tahap permainan.

Kejohanan Masters Malaysia bertaraf Super 500 itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$475,000 (RM1.876 juta). – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Shah Firdaus, Azizulhasni raih podium di Piala Trek Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.