Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lembaga Pelabuhan Labuan di bawah Putrajaya selepas pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
  • SEMASA

Lembaga Pelabuhan Labuan di bawah Putrajaya selepas pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak

Utusan Sarawak 6 months ago

Pelabuhan Labuan

LABUAN: Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB)  tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT) setelah Pelabuhan Bintulu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan Sarawak.

Menteri Pengangkutan Menteri Anthony Loke berkata penyusunan semula itu yang diwajibkan mengikut Akta Pelabuhan Persekutuan akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai peralihan tersebut yang dijangka tahun depan.

“Sebaik sahaja di bawah MoT, LPB akan memperoleh status pihak berkuasa pelabuhan persekutuan, namun terdapat beberapa isu utama yang perlu diselesaikan sebelum penyerahan rasmi dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program-integrasi Gegar Labuan di Kompleks Sukan Antarabangsa Labuan di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya akan melantik seorang pengurus besar untuk menerajui LPB.

Mengulas projek Pelabuhan Baharu Bersepadu Labuan yang telah lama dicadangkan, beliau berkata  beberapa cadangan pembangunan daripada sektor swasta masih dalam semakan tetapi masih belum dimuktamadkan.

“Sebarang projek pembangunan pelabuhan akan mengikut model penswastaan tanpa memerlukan dana kerajaan. Model ini membolehkan MoT berfungsi sepenuhnya sebagai badan kawal selia dan bukan sebagai entiti operasi,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sukan permotoran jika dipromosi baik berpontensi tambah nilai produk pelancongan
Next: KKDW saran JBALB dilantik agensi pelaksana projek tertangguh di Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.