Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Leluai, bubur tradisional etnik Melanau
  • STAIL

Leluai, bubur tradisional etnik Melanau

Utusan Sarawak 3 years ago

PELUANG…Para pemilik restoran dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang berpeluang menikmati hidangan tradisi Melanau pada penjumpaan mereka.

KEBANYAKAN makanan tradisional etnik Melanau di kawasan tengah Sarawak,  terutama di bahagian Mukah adalah berasaskan rumbia atau sagu dan kelapa.

Antara makanan  seumpamanya yang telah dan mulai mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan tempatan mahupun dari luar adalah  Tebaloi, Bebola Sagu, Linut dan Leluai.

Leluai diperbuat daripada bahan-bahan yang agak ringkas namun mempunyai rasa yang unik dan tersendiri.

Ia merupakan bubur cita rasa Melanau,  dengan mempunyai  rasa lemak  manis dan  sesuai dimakan ketika pada bila-bila masa, tidak kira panas atau ditambah ais.

Ramuan utamanya ialah  isi kelapa, air kelapa, gula apong, daun pandan dan biji sagu  yang dibuat khusus untuk Leluai.

Cara pembuatannya bergantung kepada cita rasa pembuatnya,  terutama sebanyak mana bahan-bahan diperlukan, termasuk saiz hirisan isi kelapa, sama ada dipotong secara memanjang atau berbentuk persegi empat.

Di sesetengah kawasan di  Mukah, Leluai  dijadikan  sebagai menu pilihan untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan atau digilirkan dengan Bubur Lambuk dan Bubur Pedas yang sememangnya sinonim dengan bulan tersebut.

Baru-baru ini Leluai telah diperkenalkan kepada tetamu dari luar, terutama para pemilik restoran dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak.  Pada majlis  Sambutan Ulangtahun Ke-40 Persatuan Peniaga Kedai Kopi Dan Restoran (PPKKR) Bahagian Mukah itu, mereka berpeluang menikmati keenakan Leluai dan rata-rata memujinya kerana keenakannya.

Selain  Leluai, Tebaloi Udang yang berbungkus dengan daun dan diperbuat daripada kelapa dengan s udang sebagai inti turut dihidangkan. 

Hidangan tradisi Melanau yang turut diperkenalkan pada majlis ini ialah Linut dan Umai.

Inisiatif  mengetengah makanan-makanan tempatan oleh pihak penganjur pada majlis ini dianggap sesuatu yang harus dipuji kerana ia adalah antara wadah yang terbaik untuk mempromosikan makanan-makanan tempatan.

Justeru,  diharapkan banyak lagi produk makanan keluaran tempatan   diketengahkan pada majlis yang dihadiri oleh tetamu dari luar seperti itu kerana ia adalah kaedah promosi secara `mulut ke mulut’ yang diperakui sebagai kaedah pemasaran yang sangat efektif.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Program Sambutan Bulan Kebangsaan Semarakkan semangat patriotisme pelajar
Next: Nang nyaman pulut panggang Kak Yam Noor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.