Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki warga asing dicekup polis salah guna dadah
  • JENAYAH

Lelaki warga asing dicekup polis salah guna dadah

Utusan Sarawak 2 years ago
Suspek dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. 

BINTULU: Seorang lelaki warga asing dicekup polis di kawasan perindustrian Kidurong di sini selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew Umpit berkata, tangkapan itu dilakukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada Khamis. 

Menurutnya,  suspek berusia 37 tahun itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. 

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan berat kasar rampasan dadah disyaki jenis syabu 11 gram. 

“Hasil ujian saringan awal polis juga mendapati suspek positif dadah yang mana suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. 

“Hasil siasatan awal, dipercayai dadah untuk pengedaran di sekitar kawasan Kidurong yang boleh digunakan untuk 50 penagih,” jelasnya.

Difahamkan, tangkapan itu merupakan salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di samping mencegah aktiviti jenayah di Daerah Bintulu.

“Jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini, boleh memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Lelaki dijatuhi hukuman beri pinjam wang tanpa lesen
Next: Bot tunda ditahan ingkar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO)

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.