Bot tunda ditahan ingkar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO)

Facebook
WhatsApp
DIPERIKSA… Kru bot diperiksa oleh Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Manis.

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot tunda berserta tongkang pada jarak lebih kurang 6.6 batu nautika dari barat laut Muara Belawai pada 3.15 petang semalam. 

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi pemantauan sekitar 2.00 petang semalam berdekatan perairan tersebut telah mengesan sebuah bot tunda beserta tongkang muatan pasir sedang  bersauh lebih kurang 1.2 batu nautika dari aset Maritim Malaysia.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh sembilan  kru termasuk nakhoda berumur dalam lingkungan 23 hingga 42 tahun, kesemua didapati mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. 

“Bot yang berpangkalan dari Pelabuhan Klang berkenaan didapati bersauh untuk membaiki kerosakan pada janakuasa dan perlu bersauh bagi membaiki kerosakan.

“Bot tunda berkenaan telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 antaranya tidak menaikkan bendera Malaysia serta sebarang bentuk isyarat ketika bersauh,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Katanya,nakhoda bot tunda serta Chief Engine telah diiring masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. 

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. 

“Komuniti maritim turut diminta untuk melaporkan segera sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian Perkhidmatan Respons Kecemasan Malaysia (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Tanjung Manis (010- 5063293) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam. 

Oleh EARL ANEK

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam