Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki terselamat kereta terbabas langgar penghadang jejambat
  • KEMALANGAN

Lelaki terselamat kereta terbabas langgar penghadang jejambat

Utusan Sarawak 2 months ago
REMUK… Keadaan kereta mangsa selepas terbabit dalam kemalangan dberdekatan flyover Jalan Pujut -Miri, pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

MIRI: Seorang lelaki terselamat apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan dalam kemalangan berdekatan jejambat Jalan Pujut- Miri di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata panggilan berkaitan kejadian diterima pihaknya pada 1.33 pagi sebelum seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva telah terbabas melanggar penghadang jalan dan pemandu kenderaan telah berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba dilokasi.

“Tindakan anggota hanya menyerahkan mangsa kemalangan kepada pihak perubatan ambulan Hospital Miri bagi pemeriksaan kesihatan dan hasil selepas pemeriksaan didapati mangsa tiada mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Operasi itu tamat pada 2.21 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: SAR teruskan pencarian mangsa jatuh bot ekspres
Next: Kesan lelaki jatuh dari bot ekspres masuk hari kelima guna teknik pencarian di permukaan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.