
LAWAS: Lelaki tempatan berusia 52 tahun yang tidak bekerja ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata tangkapan dilakukan di rumah Jalan Punang kira-kira 5.00 petang tadi.
Menurutnya, pemeriksaan awal terhadap suspek tidak menemui sebarang barang salah atau dadah. Namun, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat kesalahan terdahulu berkaitan dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Oleh Adeng Edrus